Dari sini menunjukkan zaman remaja itu merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.
Manakala menurut Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) remaja merupakan mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.
Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.
Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka.Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.
ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Kematangan Biologi
Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.
Tingkah Laku Heteroseksual
Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta.
Akil Baligh
Di akhir zaman kanak-kanak, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku yang membawa mereka ke alam remaja. Alam remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam masyarakat.
Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki salran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambaha dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.
Bagi remaja lelaki perubhan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
Teori dan KonsepMenurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam pelajaran sains dan moral.
Manakala Sigmund dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya
Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.
Perkembangan Psikososia
Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remajaremaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial. tetapi juga keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan), kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang
Perkembangan Identiti
Setiap individu mempunyai identiti.. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian yang tepat tentang identity. Ini disebabkan setiap identity seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Dari situ boleh juga secara rengkasnya identity bererti satu set cirri personaliti yang lebih kurang stabil.
Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identitii yang berbeza antara dengan yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen, membaharui perhubungan dan konsolidasi.
Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja, di mana dia akan tahu bahawa wujud perbezaan antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remajaremaja itu sedar bahawa ibu bapanya bukanlah begitu sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak. menyoal dan membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul. Mereka tidak akan melakukan perkara yang dicadangkan , ini semakin mendalam apabila
Semasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan sebaya yang memberinya sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya.
Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remajaremaja akan mencabar dan pada masa yang lain akan bekerjasama dan berdamai. Pada fasa ini, didapati remaja sering cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab di rumah tetapi akan merasa marah dan geram apabila ibu bapa berkeras untuk memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke mana remaja itu pergi. apabila dia telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sediit rasa gundah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa dan menerima semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Selalunya
Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada masa ini remaja akan membina identity personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan orang lain serta mengekalkan autonomi, kebebasan dan individulitinya. Sebagai contoh remajaremaja dan selalunya sehingga dewasa. pada fasa ini berumur lingkungan 18 dan 19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha terhadap pencapaian cita-citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara dirinya pada masa hadapan. Proses individuasi ini berlanjutan masa zaman
Perkembangan Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang individu. Persepsi terhadap kendiri ternyata akan menentukan apa yang seseorang itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendir juga membenarkan seseorang individu menghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang tidak akan menggugat keutuhan peribadi.
Konsep kendiri amat penting kepada remja kerana pelbagai sebab. Oleh kerana mengalami peningkatan kekuatan fizikal dan tahap autonomi semasa ini, remaja mula mempunyai darjah kebebasan yang tertentu. Jika semasa ini remaja mempunyai konsep kendiri yang tidak betul, maka sudah tentulah ia amat membahayakan kepada diri mereka dan orang lain. Mereka mungkin akan menjadi devian, tiada keyakinan diri, tersisih dan sebagainya.
Konsep kendiri remaja juga berkaitan dengan cara remaja itu mempersepsikan dirinya secara fizikal. Ekoran itulah remaja terlalu prihatin dengan bentuk tubuh badannya, fesyen rambut dan baju menjadi symbol diri dan remaja mula gemar merayau-rayau di kompleks membeli-belah.
Cara mengukuhkan konsep kendiri antaranya adalah:-
- Pengukuhan melalui kesempurnaan kendiri
Cara ini merupakan kaedah yang paling asas untukkukuhkan konsep kendiri atau dengan kata lain satu proses menjadikan yang terbaik dan diri yang sebenar. Kesempurnaan kendiri menekankan soal perkembangan potensi kendiri yang membina dan bukannya tumpuan pada halangan-halangan hidup atau penyesuaian seperti takut, bimbang, kecewa dan sedih. Kesempurnaan kendiri ini tidak semua remaja dapat mencapainya. Walaubagaimanapun remaja perlu dibimbing untuk berusaha bergerak untuk mencapainya. - Pengukuhan melalui identifikasi
Identifikasi bermaksud kemuncak niali dan tuuan hidup kendiri. Remaja tidak boleh membuat identifikasi dengan orang lain dengan cara keterlaluan kerana dibimbangi mereka tiada identiti kendiri, sukar menyatukan nilai-nilai orang lain dan akan hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Ini sering berlaku kerana remaja sering membuat identifikasi dengan pelakon kesayangan atau penyanyi pujaan mereka yang sebenarnya tidak dikenali. Hakikatnya, remaja perlu sedar tentang kewujudan diri yang unik. Tidak salah membuat identifikasi dengan orang yang terkenal dengan syarat tidak keterlaluan dan jika orang itu membuat remaja berazam untuk berjaya. - Pengukuhan melalui kecemerlangan dan pencapaian
Salah satu aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan kendiri remaja ialah kecemerlangan dan pencapaian. Kedua-dua ini merupakan satu desakan untuk bersaing sesama sendiri yang kemudiannya akan menentukan arah kendiri, membuatkan remaja
lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan persekitaran dan lebih mempunyai keupayaan daya tindak. - Pengukuhan melalui identiti
Identiti tidak sama dengan konsep kendiri. Identiti merujuk kepada perasaan yang seseorang itu berbeza dengan orang lain. Jika seseorang remaja memperolehi identity maka ia jadi individu yang jujur dan unggul yang wujud bukan di bawah bayang-bayang orang lain. Ia kan jadi individu yang bebas dan berkeyakinan. Krisis identiti pula bermaksud satu tempoh masa bergelut atau satu tempoh masa secara aktif remaja mempersoalkan diri dan hidupnya demi memperolehi satu keputusan kerjaya, kepercayaan dan nilai.
Perkembangan Kognitif dan Moral Remaja
Zaman remaja boleh dikatakan pemikiran mereka mualai berubah dengan cepat dan kadang-kadang susah bagi ibu bapa memahaminya. Boleh dikatakan masa ini remaja banyak menyelesaikan masalah melalui cara yang berbentuk logic dan bukan berdasarkan fakta sahaja. Ini selaras dengan pendapat Jean Piaget di mana kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas pemikiran mereka lebih mirip ke arah olahan formal. Pemikiran atau kognisi mengalami banyak peubahan semasa zaman remaja. Bukan sahaja pemikiran remaja berubah dari segi daya penaakulan, tetapi juga pemikiran jadi abstrak serta wuud kognisi sosial.
Perkembangan Kognisi Remaja
Apabila remaja mula mentaakul secara abstrak, mereka sering menjadi amat bangga dengan kemahiran ini kerana berfikir bahawa mereka boleh menyelesaikan segala masalah. Sikap ini menjadikan remaja terlalu idealistic dan kurang menghargai batasan logic (Piaget 1967). Contohnya remaja hairan mengapa ibu bapa tidak sedar beberapa kesilapan yang mereka lakukan semasa membesarkan anak-anak.
Perkembangan pemikiran formal juga membawa kepada kekeliruan, iaitu antara pemikirang mereka sendiri dengan pemikiran orang lain. Kekeliruan pandangan merupakan satu bentuk egosentrisme yang menekankan masalah dan pemikiran abstrak. Remaja yang egosentrik ini akan mengandaikan yang orang lain akan terus memikirkan tentang prestasinya secara terperinci seperti apa dia sedang lakukan. Sebenarnya remaja tidak ada bukti tentang wujudnya situasi itu.
Perkembangan Moral
Semasa remaja, peraturan sosial mula dipersoalkan kerana remaja mula sedar tentang piawai moral yang bersifat subjektif yang dibina oleh individu-individu tertentu boleh berubah dan boleh ditentang. Peraturan sosial dilihat sebagai jangkaan sosial, sama ada daripada ibu bapa atau masyarakat yang tidak semestinya dipatuhi.
Pemikiran Remaja dalam Empat Bidang Kognitif Sosial
sumber:www.wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar